Silaturahim.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Menyambung Silaturahim Ayah

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَبَرُّ الْبِرِّ أَنْ يَصِلَ الرَّجُلُ وُدَّ أَبِيهِ

Daripada Abdullah bin Amru sesungguhnya Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya kebajikan yang utama ialah apabila seseorang melanjutkan hubungan (silaturahim) dengan keluarga sahabat baik ayahnya.” (Sahih Muslim No: 4630) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

  1. Amalan yang baik dan utama ialah menghubungkan silaturahim
  2. Menjadi keutamaan dan kebaikan kepada seorang anak untuk menghubungkan silaturahim dengan sahabat baik ayahnya

مَن أَحَبَّ أَن يَصِلَ أَبَاهُ فِي قَبْرِهِ فَلْيَصِلْ إِخْوَانَ أَبِيهِ بَعْدَهُ

“Barang siapa ingin menyambung silaturahim ayahnya yang ada dikuburnya maka sambunglah tali silaturahim dengan saudara-saudara ayahnya setelah ayahnya meninggal” (HR Ibnu Hibban No: 175)

  1. Menurut Ibnu Abu Jamrah: hubungan silaturahim boleh dieratkan dengan memberi harta, memberi bantuan dan pertolongan dalam menyampaikan hajat, menolak kemudaratan, bertemu, mendoakan, mengeratkan dengan apa yang termampu daripada perkara kebajikan dan menolak apa yang termampu daripada keburukan.

Bagi yang jauh boleh juga berhubung melalui telefon. Jika berkemampuan dan berkelapangan, ziarahilah mereka.

FitrahLebaranMenyebarRahmah

MalaysiaMenujuNegaraRahmah

PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

19hb Jun 2019
15hb Syawal 1440H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD

Advertisements

Solat.

T.me/notatazkirah

Antara sebab hati tidak tenang dan sentiasa gelisah ialah kerana meninggalkan solat..
Ini kerana hidupnya telah hilang keberkahan.
Maka janganlah kita mengabaikan solat..

TV1

BANTAH RANCANGAN TV BERUNSUR PENYEBARAN AGAMA SELAIN ISLAM

Saya difahamkan bahawa ada rancangan TV 1 mirip kuliah pada pagi hari ini tetapi malangnya disampaikan oleh orang yang beragama sikhism.

Ini bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang melarang ajaran agama lain disebarkan secara terbuka.

Kami desak supaya Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan sewajarnya. Siasatan wajib dilakukan. Siapa yang mengarahkan supaya ada tayangan kuliah agama lain? Kerajaan Pakatan Harapan tidak boleh mengambil ringan terhadap perkara ini kerana ia melanggar kontrak sosial yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Jika benarlah ianya disengajakan, ini bermakna konsep ‘rule of law’ (kedaulatan undang-undang) telah dicabuli!

WAN MOHD FAIZUL WAN ABAS
Pengerusi UMMAH Terengganu
19 Jun 2019/15 Syawal 1440

Semak.

Tak habis-habis SEMAK & KAJI gaji penjawat awam.

Kesian penjawat awam. Sebelum ini, mesti akan ada kenaikkan tangga gaji setiap tahun..tp tahun ini sedikit kelainan di bawah pemerintahan REJIM PH. TIADA LAGI KENAIKKAN GAJI PENJAWAT AWAM.

Kesian, lepas ni apa lagi KEISTIMEWAAN PENJAWAT AWAM YANG AKAN DITARIK?

GST

PETALING JAYA: Seorang pakar ekonomi berkata antara kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) setelah kira-kira setahun berkuasa ialah tidak berjaya menurunkan harga barang walaupun selepas menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Prof Barjoyai Bardai berkata, rakyat mahu GST dihapuskan supaya harga dan kos barangan turun, tetapi keadaan sebaliknya berlaku, iaitu harga naik lebih banyak.

“Nampak kerajaan telah silap. Di satu pihak ia hilang RM20 bilion sumber cukai (daripada GST) dan di pihak lain ia tak berjaya menurunkan harga barang-barang.”

“Rakyat melihat ini sebagai satu kegagalan besar PH,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas dapatan terbaru Merdeka Centre yang berkata tahap kepuasan pengundi terhadap pencapaian Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri merosot daripada 71% yang dicatatkan pada Ogos 2018 kepada 46% pada Mac tahun ini.

Kajian itu juga mendapati hanya 39% pengundi bersikap positif terhadap kerajaan PH berdasarkan bancian yang dijalankan badan penyelidik bebas itu di seluruh negara pada Mac.

Mohd Nazari Ismail.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan Jumaat lalu, Merdeka Center berkata, kemerosotan sokongan awam kepada kerajaan persekutuan boleh dilihat pada peningkatan jumlah pengundi yang beranggapan “negara menuju ke arah yang salah” daripada 24% pada Ogos 2018 kepada 46% pada Mac 2019.

Dalam pada itu Barjoyai berkata, kajian badan itu melibatkan jumlah responden yang sedikit dan tidak boleh dkatakan mewakili semua pengundi.

Bagaimanapun, katanya jika kajian itu benar maka adalah jelas bahawa isu paling penting bagi pengundi adalah masalah ekonomi negara.

Beliau berkata ekonomi berkait rapat dengan harapan rakyat untuk melihat kos sara hidup yang tinggi dapat dikurangkan bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan yang lebih baik.

“Dari segi pendapatan misalnya, ia dilihat masih sangat rendah berbanding kos sara hidup. Secara purata lebih 50% penduduk berpendapatan kurang RM2,000 sebulan.”

“Sedangkan Kos sara hidup minimun adalah RM2,500 sebulan. Jadi sebenarnya, rakyat semakin susah dalam tempoh setahun ini. Pendapatan tak cukup bagi menampung perbelanjaan. Jadi terpaksa pinjam, menyebabkan ramai yang terjerat dengan hutang dan sebagainya,” kata beliau.

Barjoyai berkata, kebanyakan pengundi muda hilang harapan kepada PH dan dilihat mula memindahkan sokongan mereka kepada Barisan Nasional (BN).

Mohd Yusof Kassim
Merujuk kepada tahap populariti Dr Mahathir yang dikatakan menurun ke tahap 46%, Barjoyai berkata beliau bukanlah individu yang mahukan popularti sebaliknya lebih fokus kepada agenda jangka panjang untuk melakukan pembaharuan, khususnya melibatkan orang Melayu.

“Kerajaan masih berpeluang untuk melakukan perubahan dalam 3 atau 4 tahun lagi sebelum pilihan raya umum ke-5 akan datang,” katanya.

Penganaslis ekonomi, Mohd Nazari Ismail juga senada dengan Barjoyai mengenai harapan rakyat yang mahukan PH menyelesaikan masalah ekonomi dan kos sara hidup.

“Populariti PH merosot kerana rakyat tidak merasai berlakunya perubahan dalam kualiti hidup mereka, terutamaya dari kos sara hidup yang dihadapi,” katanya.

Seorang lagi pakar ekonomi, Mohd Yusof Kassim berkata kajian Merdeka Centre tidak mewakili semua rakyat kerana sebab sampelnya terlalu kecil dan hanya melibatkan kira-kira 1,000 responden.

Dalam pada itu beliau berkata, keadaan ekonomi negara yang jatuh kini bukanlah 100% salah kerajaan kerana negara kita
mengamalkan ekonomi terbuka dan bergantung kepada pasaran dunia.

“Kebetulan harga komiditi yang merupakan eksport utama kita juga jatuh” katanya.

“Bagaimanapun erapa cepat respons kerajaan dalam mengatasi masalah itu akan menjadi perhatian ramai dan sepatutnya ditonjolkan.”

Posisi.

💎CARA MENGETAHUI POSISI KITA DISISI ALLAH SWT..

💎Para Ulama’ berkata : “Kedudukanmu disisi Allah sesuai dengan dimana engkau sekarang ini didalam kesibukanmu..

Jika engkau ingin mengetahui kedudukanmu disisi Allah maka lihatlah, dimanakah sekarang ini kesibukan aktiviti seharianmu.

Jika engkau menyibukkan diri dengan dzikir,maka ketahuilah bahwasannya
✨Allah menginginkan untuk mengingatmu..

Jika engkau menyibukkan diri dengan Al-Qur’an, maka ketahuilah ✨bahwasannya Allah menginginkanmu untuk berbicara atau berinteraksi denganmu..

Jika engkau menyibukkan diri dengan ketaatan-ketaatan, maka ketahuilah bahwasannya
💫Allah mendekatimu..

Jika engkau menyibukkan diri dengan dunia, maka ketahuilah bahwasannya
✨Allah menjauhimu.😢.

Jika engkau menyibukkan diri dengan manusia, maka ketahuilah bahwasannya
✨ Allah menghinamu..

Jika engkau menyibukan diri dengan do’a2, maka ketahuilah bahwasannya
*✨Allah menginginkan memberikan sesuatu kepadamu😊

Taqobbalallahu minna wa minkum.😊.

💫Semoga Allah menerima ibadah kita..Aamiin..🤲🏻

۞Subhanallah..
۞Alhamdulillah..
۞Lailahaillallah..
۞Allahuakbar..

💎Perbanyakkan Selawat tanda Rindukan NABI SAW..

۞Allahumma solli ‘ala Sayyidina Muhammad Wa’Ala Ali Sayyidina Muhammad ۞

Istiqamah Zikir Petang..
jangan Tinggal..

۞ SAYYIDUL ISTIGHFAR ۞