PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Menyambung Silaturahim Ayah
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَبَرُّ الْبِرِّ أَنْ يَصِلَ الرَّجُلُ وُدَّ أَبِيهِ
Daripada Abdullah bin Amru sesungguhnya Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya kebajikan yang utama ialah apabila seseorang melanjutkan hubungan (silaturahim) dengan keluarga sahabat baik ayahnya.” (Sahih Muslim No: 4630) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
- Amalan yang baik dan utama ialah menghubungkan silaturahim
- Menjadi keutamaan dan kebaikan kepada seorang anak untuk menghubungkan silaturahim dengan sahabat baik ayahnya
مَن أَحَبَّ أَن يَصِلَ أَبَاهُ فِي قَبْرِهِ فَلْيَصِلْ إِخْوَانَ أَبِيهِ بَعْدَهُ
“Barang siapa ingin menyambung silaturahim ayahnya yang ada dikuburnya maka sambunglah tali silaturahim dengan saudara-saudara ayahnya setelah ayahnya meninggal” (HR Ibnu Hibban No: 175)
- Menurut Ibnu Abu Jamrah: hubungan silaturahim boleh dieratkan dengan memberi harta, memberi bantuan dan pertolongan dalam menyampaikan hajat, menolak kemudaratan, bertemu, mendoakan, mengeratkan dengan apa yang termampu daripada perkara kebajikan dan menolak apa yang termampu daripada keburukan.
Bagi yang jauh boleh juga berhubung melalui telefon. Jika berkemampuan dan berkelapangan, ziarahilah mereka.
FitrahLebaranMenyebarRahmah
MalaysiaMenujuNegaraRahmah
PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
19hb Jun 2019
15hb Syawal 1440H
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD
